suria

Megan Fox Beli Rumah Mewah Baru

PENCAPAIAN memberangsangkan filem 'Transformers: Revenge Of The Fallen', telah membuatkan pelakon filem ini, Megan Fox berhasrat membeli sebuah rumah baru daripada hasil tersebut.

Aktres yang baru berusia 23 tahun ini dikhabarkan baru saja membeli sebuah rumah mewah berjumlah US$2,9 juta di Los Angeles.

Menurut Splash News, Megan baru saja menandatangani kontrak pembelian rumah di Los Feliz. Rumah berkonsepkan tradisional itu telah dibina pada tahun 1938 dan mempunyai keluasan 480m persegi dengan pemandangan indah kota Los Angeles.

Rumah mewah tersebut juga memiliki sebuah kolam renang, empat bilik tidur, lima bilik mandi, dan bilik peribadi. Salah satu dari keempat bilik tidur tersebut adalah master suite yang dilengkapi dengan almari pakaian, kamar mandi seperti spa, dan sebuah jakuzi.

Bahagian lain rumah tersebut turut dilengkapi dengan ruang keluarga, ruang makan keluarga, dan sebuah ruang hiburan yang menempatkan sebuah meja biliard.

Artikel Berikut

Artikel Lain