suria

Rachel Weisz Calon Isteri Paling Diidamkan Oleh Lelaki British

Rachel Weisz teruja dengan pemilihannya sebagai calon wanita yang paling ingin diperisterikan lelaki British - foto REUTERS

AKTRES Rachel Weisz mungkin masih belum melayari alam perkahwinan namun dia telah dipilih sebagai wanita yang paling ingin dikahwini oleh lelaki British.

Pemenang Oscar yang juga tunang kepada pembikin filem, Darren Aronofsky, mengungguli senarai bancian yang dilakukan oleh majalah lelaki di U.K, Esquire, baru-baru ini.

Aktres berusia 39 tahun itu mengenepikan bintang lebih muda Kiera Knightley, di tangga kedua manakala aktres The Reader, Kate Winslet menjadi pilihan ketiga tertinggi di kalangan pengundi majalah itu.

Mengulas pemilihannya sebagai calon isteri paling diingini oleh lelaki British, Weisz dipetik sebagai berkata, "Ya Tuhan, pemilihan ini sangat melucukan. Saya menjadi pilihan lelaki sebagai calon yang ingin dikahwini tetapi realitinya saya masih belum berkahwin sehingga kini. Hakikat ini agak menakutkan saya pada mulanya tetapi sekarang saya cukup lega setelah mengetahui keputusan bancian ini."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain