suria

Robert Pattinson, Lelaki Berpakaian Terbaik Majalah GQ 2010

AKTOR Robert Pattinson, yang paling digilai oleh ramai wanita masa kini, gara-gara lakonannya sebagai pontianak romantis sebagai Edward Cullen dalam Twilight Saga: New Moon, dipilih majalah GQ, sebagai lelaki terkenal berpakaian terbaik 2010.

Di tempat kedua ialah boyband Take That. Nama-nama lain yang termasuk di tempat 10 teratas adalah Alex Turner, vokalis grup Arctic Monkeys; pereka fesyen Tom Ford; aktor James Bond, Daniel Craig; pasangan penyanyi terkenal Elton John, David Furnish; ahli politik David Cameron; bintang bola David Beckham; dan rapper Dizzee Rascal.

Sementara itu, Perdana Menteri Gordon Brown dinamakan sebagai lelaki berpakaian paling buruk. Di dalam senarai yang sama ialah Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy; pelawak komedi Russell Brand; pemimpin Korea Utara Kim Jong-il; dan Duta Kota London, Boris Johnson.

Artikel Lain