suria

Kate Hudson Putuskan Hubungan Dengan Rodriguez Gara-Gara Madonna

KATE Hudson telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Alex Rodriguez kerana lelaki itu masih menyimpan perasaan terhadap bekas kekasihnya, Madonna.

Hudson dan Rodriguez dilaporkan berpisah bulan lalu selepas pemain besbol New York Yankees dilihat sedang berparti. Namun begitu, pasangan itu dikatakan berpisah kerana Rodriguez masih tertarik dengan bintang pop, Madonna.

Madonna dan Rodriguez dilaporkan pernah menjalinkan hubungan setelah penyanyi itu bercerai dengan suaminya, Guy Ritchie. Namun, hubungan mereka berakhir pada awal tahun lalu.

Hudson dikatakan pernah memberi amaran terhadap Rodriguez bahawa dia akan memutuskan hubungan mereka jika lelaki itu tidak berhenti menghubungi Madonna.

"Kate memang kuat cemburu. Dia memberikan Alex tiga peluang untuk berhenti menghubungi Madonna. Apa perasaan kamu jika kekasih kamu masih menghubungi bekas kekasihnya?", kata sumber.

Artikel Lain