suria

Jennifer Aniston Ingin Buka Restoran

JENNIFER Aniston mempunyai perancangan besar sempena tahun 2010 ini, iaitu untuk membuka sebuah restoran.

Aktres itu berharap agar dapat membuka sebuah restoran di New York yang mengetengahkan masakan Mexico.

"Jika semuanya berjalan lancar, saya berharap dapat membuka sebuah restoran Mexico di New York pada tahun ini. Saya suka makanan Mexico. Saya juga ingin melayan tetamu," katanya.

Aniston akan mengikuti jejak langkah seorang lagi selebriti yang membuka restoran berkonsepkan makanan Mexico-Amerika di Los Angeles, iaitu Eva Longoria Parker.

Artikel Lain