suria

Megan Fox Kekok Cium Amanda Seyfried

Megan akui tidak suka bercium dengan Amanda Seyfried dalam filem Jennifer's Body - foto REUTERS
Megan akui tidak suka bercium dengan Amanda Seyfried dalam filem Jennifer's Body - foto REUTERS
Megan akui tidak suka bercium dengan Amanda Seyfried dalam filem Jennifer's Body - foto REUTERS

PELAKON terkenal Hollywood Megan Fox mungkin seorang biseksual, tetapi dia tidak suka bercium dengan Amanda Seyfried dalam filem Jennifer's Body.

Fox memberitahu dia dan Seyfried tidak suka adegan tersebut, tetapi mereka mesti melakukannya dalam babak filem seram itu.

Lebih 'dahsyat' lagi, mereka terpaksa bercium dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan kru-kru lelaki.

"Saya berasa sangat kekok kerana kami tidak ingin bercium, dan sebenarnya kami berdua sangat takut.

"Tambahan pula dalam bilik tersebut dipenuhi lelaki, sambil menunggu kami melakonkan babak itu dengan baik sebelum mereka balik ke rumah dan menemani anak-anak mereka," tambahnya.

Artikel Lain