suria

Gitar Taylor Swift Dicuri

GITAR yang mempunyai tanda tangan artis juga tidak lari daripada perhatian pencuri. Buktinya gitar-gitar yang telah ditandatanganI oleh Taylor Swift dan Brad Paisley turut dicuri dari sebuah tempat penyimpanan di Texas.

Lebih 60 gitar yang ditandatangani oleh para artis memang dikumpulkan dan disimpan di Uncle Bob's Self Storage sebagai barangan yang dikumpulkan untuk dana Friends of Purtis Creek State Park.

Namun rupanya gitar-gitar itu tidak terkecuali daripada menjadi 'idaman' pencuri. Bahkan, kedua gitar itu telah dicuri di malam Krismas lalu.

Artikel Lain