suria

Leona Lewis Terjatuh Ketika Menunggang Kuda

PENYANYI Leona Lewis terpaksa menggunakan tongkat selepas terjatuh ketika menunggang kuda.

Gadis berusia 24 tahun ini memerlukan rawatan rapi di hospital kerana disyaki patah kaki akibat kemalangan tersebut.

Lewis dilihat bersiar-siar dengan menunggang kuda di sekitar kawasan rumahnya di Los Angeles beberapa hari lalu.

Menurut sumber, kemalangan tersebut berlaku sehari sebelum tahun baru dan dia terjatuh kerana tidak dapat mengawal keadaan kuda yang semakin bergerak laju.

"Walaupun dia terjatuh dari kuda, Leona tidak patah semangat untuk terus melakukan aktiviti tersebut. Dia akan kembali menunggang selepas dia betul-betul sembuh nanti," kata sumber terbabit.

Selain itu, Lewis juga tidak menjadikan kemalangan kecil itu penghalang untuk dia menyambut ketibaan tahun baru 2010.

Dia tetap hadir ke majlis sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh penyanyi Robin Thickle di hotel Bellagio, Las Vegas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain