suria

Rihanna Berazam Tinggalkan Tabiat Buruk Tahun Baru Ini

PENYANYI Rihanna akan melakukan perubahan sempena tahun baru bagi meninggalkan semua tabiat buruknya.

Menurut laporan media, Rihanna pernah berdepan krisis dengan teman lelakinya Chris Brown pada Februari lalu.

Menurutnya, dia percaya krisis yang dihadapinya adalah rentetan tabiat buruknya.

"Saya mahu berhenti membeli-belah, mementingkan masa, bangun awal pagi dan mengubah beberapa tabiat buruk lain," katanya.

Selain itu, dia juga berjanji tidak akan menghabiskan masa hanya bekerja, tetapi akan meluangkan masa bersama kekasih hatinya.

"Saya suka bersama emak dan datuk. Saya tidak mempunyai ramai kawan perempuan, tetapi saya mempunyainya di sekeliling dan sepanjang masa saya," ujarnya.

Rihanna yang juga bangga dengan lagu nyanyiannya berjudul "Umbrella" berharap kejayaan yang sama bakal diikuti pada masa akan datang.

"Saya mahu belajar bermain dram dan mengimpikan bekerja dengan Band Depeche Mode, "katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain