suria

Giliran Amitabh Membaca Berita TV

SELEPAS melakonkan watak Auro menerusi filem Paa, Amitabh Bachchan (Big B) akan melakonkan watak pembaca berita melalui filem Rann.

"Kita tidak akan membicarakan tentang aktiviti berkaitan dengan hiburan sahaja malah sebahagian politik global dunia. Mr. Bachchan hanya mengambil bahagian dalam televisyen itu walaupun dia telah melakukan analisis berita sepanjang hidupnya. Ia merupakan pengalaman yang mengagumkan," kata penerbit bersekutu filem, Sheetal Talwar.

Bintang terkenal itu akan melaporkan mengenai enam isu global sepanjang 2009 seperti politik nasional India, keganasan, kriket, selesema babi, kemelesetan ekonomi dan Obama dalam sebuah segmen selama sejam.

Ini merupakan perkara pertama yang dilakukan oleh Big B berkaitan dengan media di mana dia akan mengambil bahagian sebelum filem Rann arahan Ram Gopal Varma ditayangkan pada 29 Januari ini.

Ternyata dia seperti sudah bersedia untuk melakonkan apa sahaja karektor dalam filem itu dan mempromosikan karektor dalam filem itu berbanding 'Amitabh Bachchan'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain