suria

Rihanna Susah Hati Diarah Pakai Baju 'Sopan'

RIHANNA dikatakan cukup susah hati kerana tidak dibenarkan oleh pihak penganjur untuk beraksi 'seksi' di atas pentas sempena persembahannya di Abu Dhabi pada malam tahun baru nanti.

"Rihanna bengang dan tidak tahu nak buat apa. Dia sebenarnya ingin melakukan persembahan yang eksentrik dan provokatif. Sebahagian besar daripada persembahannya itu akan nampak seksi.

"Tetapi peraturan pakaian di Abu Dhabi tidak menggalakkan baju yang sangat terdedah," kata sumber.

Ketika ini, Rihanna dan team sedang sibuk merangka corak persembahan yang baru dengan pakaian yang tidak keterlaluan agar tidak menyinggung penonton-penonton di Abu Dhabi nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain