suria

Kekasih Britney Minta Restu K-Fed Untuk Berkahwin

KEKASIH kepada Britney Spears, Jason Trawick bertemu bekas suami Britney, Kevin Federline bagi meminta restu untuk mengahwini penyanyi popular itu.

Trawick berkata, dia telah mengatur temujanji bersama Federline bagi meminta kebenaran untuk mengahwini Britney.

"Jason bukan hanya mengaku bahawa dia mencintai Britney malah turut mengasihi anak-anak mereka, Sean Preston dan Jayden James.

"Jason mengakui bahawa Kevin akan sentiasa menjadi bapa kepada anak-anak mereka tetapi dengan rasa hormat meminta Kevin merestuinya sebagai bapa tiri pada masa akan datang. Jason banyak menghabiskan masa bersama anak-anak mereka dan cuba menjadi sebahagian dari mereka," kata sumber.

Pertemuan mereka berjalan dengan baik kerana mereka dilihat berpelukan di akhir pertemuan itu.

"Kevin seperti tidak berapa gembira namun dia mempercayai Jason. Mereka bersetuju untuk bersama-sama menjaga anak mereka manakala Britney berasa teruja kerana melepasi satu langkah mencapai matlamat mengecapi hidup bahagia bersama Jason," ujar sumber tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain