suria

KD Kembali Mesra Dengan Raul Lemos?

HUBUNGAN penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti (KD) dengan jutawan dari Timor Leste, Raul Lemos dikatakan kembali mesra. Kedua-duanya dilihat cukup romantis di Dili, Timor Leste, baru-baru ini.

Namun, KD menafikan perkara tersebut. Menerusi peguamnya, Elsie Lontoh, KD dikatakan sedang berada di Bali.

"Saya sempat bertanya pada Yuni dan dia beritahu, KD sedang berada di Bali," kata Elsie seperti yang dilaporkan di laman web Detik Hot.

Elsie sudah mendengar khabar angin itu, namun enggan mengulas lanjut tentang gosip kemesraan antara KD dan Raul.

KD dilihat berada di pesta ulangtahun Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta pada 26 Disember lalu bersama Raul.

Sehari sebelum ini, KD dan Raul dikatakan makan bersama di Hotel Timor. Kedua-duanya dilihat datang dengan sebuah kereta dan berpegangan tangan ketika memasuki hotel tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain