suria

Lagu Ciptaan IZ OIAM2 Diguna Dalam Filem Antarabangsa

IZ OIAM2 atau lebih dikenali sebagai IZ, seorang bintang yang lahir dari program realiti 8TV One In A Million 2 telah dipilih lagu ciptaannya untuk dimasukkan ke dalam album runut bunyi filem terbitan Metro Films India bagi pasaran antarabangsa yang bertajuk The Successor: Private & Confidential.

Berbekalkan lagu remix single beliau yang berjudul Gonna Be Alright remix featuring C. Loco’ , duta terbaru produk-produk I.T. Toshiba ini berjaya mengalahkan ribuan bakat-bakat dunia yang mencuba nasib sekaligus melayakkan dirinya bersama-sama sembilan lagi artis solo dan berkumpulan terpilih dari seantero dunia (UK, US, Australia, New Zealand & India) untuk dimuatkan ke dalam album runut bunyi filem ini.

Produser Filem, Rubia Braun memberi komen “Projek album runut bunyi ini yang sememangnya bersifat inovatif serta menampilkan kepelbagaian genre muzik dan artis dari merata tempat, kami merasakan adalah lebih menarik jika kami mengambil salah seorang daripada Malaysia. Bila kami dengar tentang IZ, pihak kami meminta beliau menghantarkan laguya kepada pihak kami”.

IZ juga turut diundang untuk terbang ke Bangalore & Goa, India untuk membuat persembahan di dalam acara first-of-its-kind national soundtrack concert tour, yang akan bermula pada malam tahun baru nanti, di penghujung Disember ini.

Konsert jelajah bagi mempromosikan filem ini akan diteruskan di kawasan bandar-bandar utama India seperti Mumbai, New Delhi, Bangalore, dan Hyderabad serta khasnya di sekitar kawasan pesta Goa. Pihak Metro Films India juga bercadang untuk membawa konsert jelajah ini ke Cannes, France sempena dengan Festival Filem Cannes pada 2010.

Pengendali Projek, Kranthi Varma menambah “Kami amat menantikan kehadiran IZ yang berbakat dan juga ranggi untuk diperkenalkan di India sebagai usaha mempromosikan album runut bunyi filem ini dan kami amat menantikan reaksi positif penonton, apatah lagi melihatkan gaya vokalnya yang mantap serta fun.”

Metro Films India yang merupakan pembikin filem The Successor: Private & Confidential ini begitu teliti menyimpan segala informasi filem, mesej dan jalan ceritanya sekaligus menguatkan lagi mesej private and confidential yang akan cuba disampaikan kepada penonton.

Filem The Successor: Private & Confidential serta album runut bunyi yang juga mengandungi lagu ciptaan IZ One In A Million 2 ini akan di lancarkan di India pada Januari 2010 manakala di Malaysia pada pertengahan tahun 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain