suria

Suami Percaya Penyebar Fitnah Melly Cuba Raih Populariti

ANTO Hoed, suami kepada penyanyi dan komposer Melly Goeslow percaya penuh dengan isterinya dan membantah keras isu curang isterinya.

Dia menganggap penyebar fitnah itu, Masnawati atau Wati hanya mencari populariti.

Anto enggan memberikan kenyataan balas kepada media. Malah Anto berkata dia sudah tahu siapa wanita itu. Namun Anto enggan memanjangkan isu yang dianggap tidak berasas itu.

”Kalau saya melawan, bermakna dia menang dan untung kerana saya tahu dia obses untuk menjadi artis dan membuat album,” kata Anto ketika dihubungi oleh detikhot.

Anto berkata jika memang isterinya curang dari dulu lagi, sepatutnya Wati terus menghubunginya. Namun selama ini tiada komunikasi sama sekali.

“Dia tidak pernah menghubungi saya dan sepatutnya memberitahu saya tetapi sebaliknya tidak. Malah Wati juga pernah mengata Melly ‘pelacur’ menerusi SMS yang dihantar kepada Melly,” jelas Anto.

Ditanya mengenai SMS romantik Melly dengan seorang polis seperti yang didakwa oleh Wati, Anto berkata Wati gagal menunjukkan buktinya.

“Waktu kami berjumpa, Wati enggan menunjukkan SMS itu, jadi sudah terbukti yang dia telah membuat fitnah,” tuturnya lagi.

Sepanjang mendirikan rumah tangga dengan Melly, Anto berkata dia tidak pernah membataskan pergaulan isterinya.

“Saya tidak pernah melarang Melly SMS dengan sesiapa pun kerana itu hak dia. Kami juga saling mempercayai antara satu sama lain,” tegasnya.

Artikel Sebelum

TV9 Cari Jaguh Badminton Negara

Artikel Berikut

Artikel Lain