suria

Shah Rukh Khan Masih Mempunyai Pengaruhnya Tersendiri

Shah Rukh Khan baru-baru ini menyambung kontraknya sebagai duta kepada syarikat Linc Pen selama setahun atau lebih.

Syarikat pengeluar pen tersebut sangat berpuas hati dengan khidmat duta jenama itu, Shah Rukh Khan.

Menurut jurucakap syarikat tersebut, saham syarikat Linc National meningkat dua kali ganda tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Angka jualan meningkat dari 7 peratus tahun lalu kepada 15 peratus tahun ini.

Nampaknya Shah Rukh masih mempunyai pengaruhnya tersendiri. Ketika syarikat minuman ringan Pepsi menamatkan kontrak dengan selebriti Bollywood itu, Shah Rukh masih dipilih menjadi duta syarikat mega lain.

Artikel Sebelum

TV9 Cari Jaguh Badminton Negara

Artikel Berikut

Artikel Lain