suria

Pemandu Pelancong Di Mahabalipuram Tidak Kenal Aamir Khan

BUKAN semua pelakon Bollywood dikenali ramai di India. Itu yang terjadi dengan aktor kacak Aamir Khan baru-baru ini bila seorang pemandu pelancong langsung tidak mengenali namanya.

Aamir kerap berkunjung ke Chennai dan jatuh cinta dengan bandar itu. Baru-baru ini setelah berkunjung ke Chennai sekali lagi, Aamir telah melawat Mahabalipuram dengan menyamar dirinya.

Selesai melawat patung-patung di daerah itu, dia berkenalan dengan seorang pemandu pelancong. Sedang mereka rancak berbual, Aamir tiba-tiba bertanya, "Adakah anda mengenali Aamir Khan?

Jawapan yang diterima benar-benar mengejutkan Aamir apabila pemandu pelancong itu berkata dia tidak kenal. Tidak puas hati, Aamir menyebut nama Shah Rukh Khan pula. Nama itu pun asing bagi pemandu pelancong yang langsung tidak mengenali aktor-aktor popular Bollywood alaf baru.

Ditanya apakah filem Hindi yang pernah ditontonnya, pemandu pelancong itu berkata filem 'Shalimar'dan menambah, hanya tahu nama pelakon Dharmendra dan Amitabh Bachchan.

Meski pun kecewa, Aamir tetap mengahdiahkan sebentuk cincin dan sebagai balasan pemandu pelancong itu menghadiahkan patung Ganapathy.

Artikel Sebelum

Artikel Lain