suria

Pasha Ungu Bersumpah Tidak Pukul Bekas Isteri

VOKALIS Ungu, Pasha, semalam bersumpah tidak memukul bekas isterinya, Okie, dalam pembelaannya di hadapan Hakim Mahkamah Negeri Bogor. Namun pembelaan Pasha itu ditolak.

Justeru, prosiding Pasha dan Okie ditangguhkan pada 5 Januari depan dengan prosiding daripada saksi.

“Saya menerima apa jua keputusan mahkamah,” kata penyanyi lagu ‘Dilema Cinta’ ini apabila Hakim menolak pembelaannya itu.

Walaupun kesnya masih berjalan, bapa kepada tiga orang anak ini berkata dia tetap bekerja seperti biasa dan bersikap profesional.

Ditanya sama ada Pasha stres dengan kes itu, dia menjawab, “Kenapa saya stres pula.,” ujarnya semula sebelum berlalu pergi.

Artikel Berikut

Artikel Lain