suria

Suami Leann Rimes Failkan Perceraian

PERKAHWINAN Leann Rimes berkecai jua apabila suaminya, Dean Sheremet telah memfailkan perceraian pada Khamis lalu.

Sheremet telah mendapatkan khidmat peguam Stacy D.Phillips untuk mewakilinya.

Sheremet dan Rimes berkahwin pada tahun 2002. Mereka kemudiannya berpisah pada Julai lalu selepas berbulan-bulan rumahtangga mereka dilanda pelbagai spekulasi.

"Keputusan ini dibuat secara baik. Kami masih berkawan dan mengagumi antara satu sama lain," kata Rimes dalam satu kenyataan.

Perkahwinan mereka berakhir apabila Rimes dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Eddie Cibrian yang selepas itu juga bercerai dengan isterinya, Brandi Glanville

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain