suria

Konsert Tribut MJ Sekali Lagi Dibatalkan

KONSERT tribut Michael Jackson (MJ) yang merupakan hasil idea abangnya, Jermaine Jackson dibatalkan untuk kali kedua.

Penganjur di World Awards Media yang diketuai oleh Jermaine sendiri telah membatalkan konsert di Vienna pada September lalu kerana terpaksa berjuang untuk mendapatkan artis-artis bagi membuat persembahan pada konsert tersebut.

Konsert itu kemudiannya dijadualkan bakal berlangsung pada musim panas tahun depan.

Walaubagaimanapun, keputusan eksekutif untuk membubarkan syarikat itu telah dibuat pada November lepas.

Dan sekarang, Jermaine enggan meneruskan konsert itu, yang mana ia sepatutnya akan membariskan artis-artis seperti Mari J.Blige, Chris Brown dan Natalie Cole

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain