suria

Reese Witherspoon Berpisah Dengan Jake Gara-Gara Isu Kahwin?

AKTRES Reese Witherspoon mengakhiri hubungannya dengan Jake Gyllenhaal kerana tertekan dengan subjek mengenai perkahwinan.

Bulan lalu, khabar angin mula bertiup kencang tentang hubungan pasangan ini yang dikatakan telah memutuskan cinta mereka.

Beberapa laporan mengatakan, Witherspoon enggan meneruskan hubungan itu kerana ingin memberikan tumpuan terhadap dua orang anaknya, Ava, 10 dan Deacon, 6, yang merupakan hasil perkongsian hidupnya dengan bekas suami, Ryan Phillippe.

Gyllenhaal pula dikatakan patah hati berikutan keputusan Witherspoon yang inginkan perpisahan.

"Tiada siapa yang menipu. Tiada drama. Reese rasa tertekan untuk berkahwin dan dia tidak bersedia. Dia tidak dapat memenuhi apa yang diinginkan oleh Jake. Reese amat risau mereka tidak mempunyai banyak persamaan.

"Apabila dia menumpukan perhatian pada Jake, dia berasa seperti telah mengabaikan anak-anaknya. Jake amat baik dengan anak-anak Reese, tetapi Reese merasakan Jake tidak memahami apa yang diperlukan secara keseluruhannya," kata satu sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain