suria

'My Name Is Khan' Terpilih Ke Festival Filem Berlin

Kajol (kiri), Karan Johar (tengah) dan Shah Rukh Khan bekerjasama lagi untuk filem 'My Name Is Khan' selepas filem 'Khabie Khushi Khabi Gham'.

SUTRADARA filem tersohor Karan Johar tampil dengan filem terbarunya, My Name is Khan yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Bollywood Shah Rukh Khan, melakonkan watak seorang yang menderita penyakit mental.

Filem berlatarkan peristiwa yang berlaku di US selepas 11 September telah terpilih ke Festival Filem Antarabangsa Berlin yang akan berlangsung mulai 11 hingga 21 Februari depan.

Filem itu telah terpilih secara rasminya untuk festival itu dan akan ditayangkan dalam kategori filem yang bukan dipertandingkan.

Johar yang begitu gembira berkata dia sungguh teruja dengan pemilihan itu dan tiada yang lebih berprestij untuk filemnya melainkan tersenarai dalam pemilihan rasmi festival Berlin.

Filem itu dijangka akan ditayangkan di pawagam mulai Februari depan.

Selain Shah Rukh, aktres Kajol juga turut berlakon dalam filem itu.

Kajol dan Shah Rukh dipertemukan buat pertama kalinya menerusi My Name Is Khan selepas lapan tahun berlalu di mana kali terakhir mereka berlakon bersama menerusi filem Kabhie Khushi Kabhi Gham.

Dalam My Name Is Khan, Shah Rukh sebagai Rizwan Khan berkahwin seorang ibu tunggal beragama Hindu iaitu Mandira (Kajol) di San Francisco.

Selepas peristiwa 11 September, Rizwan ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles kerana menyalah anggap dan sangsi dengan kecacatannya.

Artikel Sebelum

Waheeda Kini Berpurdah

Artikel Lain