suria

Lady Gaga Wajah Baru Kosmetik MAC

NAMA penyanyi Lady Gaga tidak hanya besar dalam industri muzik ini. Kini, namanya juga menjadi tumpuan dunia fesyen. Baru-baru ini, dia menjadi wajah baru jenama kosmetik ternama MAC.

Walaupun kurang terdedah dengan dunia fesyen, namun tidak bermakna Lady Gaga tidak diterima dalam dunia fesyen kerana secara rasminya dia menjadi wajah jenama kosmetik MAC untuk tahun 2010.

Penyanyi lagu ‘Poker Face’ itu telah melalui sesi fotografi untuk iklan terbaru MAC bersama Cindy Lauper.

Tiada yang berubah dari gaya Lady Gaga. Dalam iklan itu, dia tetap mengenakan sut yang menjadi cirinya.

Yang paling menonjol dalam pose iklan itu tentu sahaja dandanan dan solekan yang dipakai perempuan berambut perang itu. Lady Gaga memakai gaya solekan yang membuatnya dilihat seperti patung porselin.

Solekan matanya benar-benar ditonjolkan. Dengan gaya smokey eyes, Lady Gaga tampak lebih cantik.

Artikel Sebelum

Waheeda Kini Berpurdah

Artikel Lain