suria

Victoria Beckham Rujuk Tabloid Untuk Panduan Fesyen

VICTORIA Beckham atau Posh hanya membaca majalah-majalah tabloid untuk mengetahui sama ada pilihan fesyennya tepat atau tidak.

Bekas anggota Spice Girls dan suaminya, David menjadi subjek pelbagai spekulasi media sejak bertahun-tahun lalu.

Namun begitu, Posh menegaskan, dia tidak pernah membaca artikel mengenai mereka, tetapi hanya melihat gambar-gambar yang diambil oleh paparazi sebagai panduan fesyen.

"Saya tidak memberikan perhatian terhadap cerita-cerita di tabloid. Saya hanya seronok menatap gambar-gambar sambil berfikir seperti 'adakah saya sukakan gaya rambut itu'. Sudah lama saya lakukan perkara ini," kata Posh di dalam sebuah akhbar.

Artikel Lain