suria

KD Terus Berdoa Agar Anak-Anak Mahu Bertemunya

PENYANYI popular Indonesia, Krisdayanti (KD) akui, dia tidak putus-putus berdoa agar kedua-dua anaknya terbuka hati untuk menemuinya.

"Saya terus berdoa semoga pintu hati mereka terbuka untuk bertemu saya," kata KD seperti yang dilaporkan di laman web Detik Hot, semalam.

Ditanya andai kata anak-anaknya masih tidak mahu bertemu dirinya, KD dalam nada tenang berkata:

"Kalau memang masih sukar, maknanya belum diizinkan Allah."

KD juga berharap agar dua orang anaknya itu tidak dijauhkan daripadanya walaupun hak penjagaan adalah ditangan bekas suaminya, Anang.

Artikel Lain