suria

Pasha Ungu Nafi Desak Peminat Datang Mahkamah

SELEPAS prosiding lanjutan kes penganiayaan dan kekerasan ke atas bekas isterinya, Okie Agustina Sofyan, Pasha dilihat mendapat sokongan puluhan peminat band Ungu yang dikenali sebagai Clickers Ungu.

Namun begitu, Pasha menafikan dia yang mendesak peminatnya untuk hadir ke prosiding kes itu.

“Mereka datang tanpa saya minta tetapi yang saya tahu mereka datang dari jauh. Saya sangat berterima kasih kepada semua Clickers Ungu,” ujar vokalis Ungu seperti yang dilaporkan dalam sebuah laman web.

Pasha berkata dia semakin bersemangat untuk menjalani prosiding kes itu setelah melihat puluhan peminat Ungu yang hadir ke situ. Antaranya golongan remaja yang sebahagiannya mengenakan baju dengan logo band Ungu.

”Sehingga saat ini ramai yang mendoakan saya, Alhamdulillah,” tambahnya.

Dalam prosiding kali ini, Okie Agustina sebagai plaintif tidak hadir melainkan peguamnya, John Simanjuntak dan ibunya, Sri Gunawan. Sri yang mewakili anaknya itu tetap merasa tidak berpuas hati dengan status tahanan kota Pasha.

”Okie kecewa dengan status tahanan kota Pasha dan suratnya seperti tidak dipedulikan,” jelas Sri.

Prosiding kes ini akan ditangguhkan pada 22 Disember depan.

Artikel Berikut

Artikel Lain