suria

Jennifer Aniston Mungkin Ambil Anak Angkat

AKTRES Jennifer Aniston kini melawat sebuah rumah anak-anak yatim bernama ‘Casa Hogar Sion Orphanage’ yang terletak di Tijuana, secara rahsia.

Rumah anak-anak yatim tersebut pernah menerima sumbangan daripada pelakon-pelakon drama bersiri ‘Friends’ dan juga daripada bekas suaminya, Brad Pitt.

Menurut salah seorang daripada pengasas rumah itu, Carmen Gonzalez, Jennifer banyak meluangkan masa dengan bayi-bayi yang berada di situ.

“Pelakon itu juga suka bermain dengan kanak-kanak yang lain, tetapi beliau banyak menghabiskan masa bersama bayi-bayi di sini dan nampaknya Jennifer cintakan mereka,” tambahnya.

Ini adalah punca tercetusnya khabar angin yang mengatakan pelakon itu bercadang untuk mengambil seorang anak angkat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain