Mulan Sudah Ada Teman Istimewa - Hiburan | mStar

Mulan Sudah Ada Teman Istimewa

TAHUN baru yang akan menjelang membuat penyanyi Mulan Jameela memasang impian baru. Tapi apa pun yang diidamkan, Mulan tidak mahu berharap termasuk impian untuk berkahwin lagi.

"Planning ada tapi saya tidak letak target. Sama seperti tahun-tahun dulu, saya hanya ingin cepat keluarkan album," ujar Mulan seperti yang dipetik kompas.com.

Mulan, yang pernah gagal dalam membina rumah tangga dan mengaku sekarang sudah memiliki teman baru, mengatakan bahwa ia belum memikirkan untuk menikah lagi dalam tahun depan.

"Nikah, mudah-mudahan. Tapi, belum tahu. Saya belum boleh bicara soal nikah lagi," kata ibu kepada dua orang anak ini.

Namun, Mulan mengaku sedang menjalani sebuah perhubungan yang serius.

"Ini juga baru serius sama seseorang. Tapi saya tidak mahu letakkan target. Yang pasti, setiap hubungan saya jalani dengan serius," tutur penyanyi anak didik Ahmad Dhani ini lagi.

"Kami tidak mahu main-main. Mesti ada jalan keluarnya nanti," sambungnya.

Mengenai siapa teman istimewanya kini, Mulan masih berahsia.

"Orangnya baik sama saya dan keluarga saya. Dia dari kalangan biasa, bukan artis," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL