suria

Patung bogel Brangelina dicipta

Daniel Edwards telah mencipta patung 'bogel' untuk pasangan bintang filem terkenal, Angelina Jolie dan Brad Pitt - foto AP

SENIMAN Amerika, Daniel Edwards telah mencipta patung 'bogel' untuk pasangan bintang filem terkenal, Angelina Jolie dan Brad Pitt.

Patung Pitt dibuat dalam keadaan berdiri tegak dengan kedua belah tangannya memeluk tubuh.

Sementara patung Jolie pula berdiri di depan Pitt dengan tangan kanannya memeluk mesra kekasihnya itu. Terdapat juga patung seekor burung di bahu kirinya.

Dilaporkan, terdapat DNA Jolie-Pitt di patung itu. DNA pasangan beranak enam itu diambil dari gelas bekas 'champagne' yang diminum oleh kedua-duanya.

"Patung Brangelina ini dibuat untuk selamanya, seperti hubungan Pitt dan Jolie yang akan selalu dikenang oleh semua orang," ujar pengurus Edward, Cory Allen.

Patung tersebut kini berada di sebuah rumah berharga US$ 500 juta yang dibina khas oleh Edward dan seniman Amerika yang lain, Xvala, di kota kelahiran Pitt, Oklahoma, Amerika.

Patung bogel Jolie-Pitt akan diletakkan di siling bilik utama untuk memberikan penyembuhan seksual bagi mereka yang tidur di bilik itu.

Artikel Sebelum

Zahnita Saman Gulatis RM2 Juta

Artikel Berikut

Artikel Lain