suria

Mariah Pernah Berdepan Masalah Kurang Keyakinan Diri

Mariah akui sering menghadapi masalah kurang keyakinan diri - foto AP
Mariah akui sering menghadapi masalah kurang keyakinan diri - foto AP
Mariah akui sering menghadapi masalah kurang keyakinan diri - foto AP

MARIAH CAREY sudah belajar untuk menonjolkan badannya yang berisi selepas berpakaian secara provokatif untuk meningkatkan keyakinan diri.

Penyanyi ini mula memakai pakaian yang ketat dan pendek pada umur belasan tahun. Dan kerana itu, Mariah selalu akan dipuji.

Mariah yang bersuara lunak ini juga dikenali kerana memakai pakaian yang seksi selepas menceburi bidang nyanyian.

Namun begitu, Mariah yang mempopularkan lagu ‘Hero’ juga akui, beliau telah belajar untuk memakai pakaian yang membuatkannnya gembira.

“Saya menghadapi masalah kurang keyakinan diri sepanjang hidup saya.

“Ketika berumur awal belasan tahun, saya dipuji oleh seorang jejaka yang berumur dalam lingkungan 20-an kerana memakai sepasang seluar ketat.

“Kerana masih muda pada masa itu, saya ingat saya kelihatan cantik dengan memakai pakaian ketat.

"Selepas kejadian itu, saya berhasrat untuk memakai pakaian yang lebih ketat dan singkat,” jelas Mariah yang kini berumur 39 tahun.

Artikel Sebelum

Zahnita Saman Gulatis RM2 Juta

Artikel Berikut

Artikel Lain