suria

Chris Brown: Saya Bukan Pemarah

Chris Brown akui terkejut dengan tindakan ganasnya terhadap Rihanna tidak lama dulu - foto AP
Chris Brown akui terkejut dengan tindakan ganasnya terhadap Rihanna tidak lama dulu - foto AP
Chris Brown akui terkejut dengan tindakan ganasnya terhadap Rihanna tidak lama dulu - foto AP

PENYANYI Chris Brown terkejut dengan tindakan ganasnya terhadap Rihanna kerana tidak pernah marah dengan begitu teruk sebelum ini.

“Saya tidak pernah mempunyai masalah untuk mengawal perasaan marah. Malah tidak pernah bertindak secara ganas dengan bekas teman-teman wanita saya.

“Hari ini, saya malu dengan tindakan saya dan bertanya kepada diri sendiri bagaimana saya boleh memukul Rihanna dengan begitu teruk sekali,” kata Chris Brown kepada sebuah portal luar negara.

Chris juga berasa bersalah atas tindakannya itu dan menambah tidak akan mengulanginya pada masa hadapan.

Penyanyi itu ditahan pada bulan Febuari lepas kerana memukul Rihanna dengan teruk berikutan pergaduhan selepas menghadiri parti.

Artikel Sebelum

Zahnita Saman Gulatis RM2 Juta

Artikel Berikut

Artikel Lain