suria

John Travolta Cemburu Melihat Aksi Intim Isteri

Aktor John Travolta (kanan), isteri Kelly Preston (kiri) dan anak perempuan Ella Bleu Travolta hadir ke tayangan perdana filem Walt Disney Pictures, "Old Dogs" di The El Capitan Theater, Los Angeles pada 9 November 2009. -Foto AFP
Aktor John Travolta (kanan), isteri Kelly Preston (kiri) dan anak perempuan Ella Bleu Travolta hadir ke tayangan perdana filem Walt Disney Pictures,
Aktor John Travolta (kanan), isteri Kelly Preston (kiri) dan anak perempuan Ella Bleu Travolta hadir ke tayangan perdana filem Walt Disney Pictures, "Old Dogs" di The El Capitan Theater, Los Angeles pada 9 November 2009. -Foto AFP

JOHN TRAVOLTA tidak sanggup melihat adegan intim isterinya bersama pelakon Hollywood yang lain seperti Tom Cruise dan Kevin Costner kerana cemburu.

John yang telah mendirikan rumah tangga dengan Kelly selama 18 tahun, tidak suka melihat isterinya itu intim dengan pelakon-pelakon Hollywood lain.

Tetapi John kini boleh berasa lega kerana isterinya itu akan bergandingan dengan pelakon komedi Robin Williams yang juga merupakan sahabat karib John. Kelly dan Robbie akan berlakon bersama dalam filem terbaru, “Old Dogs.”

“Saya pernah berasa cemburu apabila isteri saya berlakon bersama Tom Cruise dan Kevin Costner.

“Amat sukar bagi saya untuk menonton isteri saya berdampingan dengan lelaki lain apabila berlakon.

“Tetapi kini, saya bersyukur kerana Kelly akan berlakon bersama Robin. Saya menyanjungi Robin dan selasa dengannya,” ujar John.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain