suria

Shirley Bassey Tertanggal Gaun Semasa Menyanyi

Penyanyi dari Welsh, Dame Shirley Bassey, 63, selepas menerima anugerah yang diberikan oleh Queen Elizabeth II dalam satu upacara khas di Buckingham Palace, London pada 19 Julai 2000. -Foto AP

DAME Shirley Bassey berasa malu kerana gaunnya tertanggal ketika dia membuat persembahan di Hotel Waldorf Astoria.

Penyanyi 'The Goldfinger' itu bagaimanapun terus menyanyi sambil cuba memegang gaunnya yang jatuh.

Bassey berkata, "Saya sedang menyanyi lagu 'The Lady Is A Tramp' apabila tiba-tiba tali gaun terputus.

"Saya cepat-cepat pegang gaun. Mujurlah, pengarah musikal datang membantu dan memperbaiki pakaian itu.

"Saya tidak hilang rentak nyanyian. Saya terus menyanyi. Akhirnya, dia berjaya menyelamatkan keadaan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain