suria

KD Anggap Album Duet Dengan Siti Nurhaliza Satu Berkat

Krisdayanti (KD) pada awalnya kurang pasti samada projek duet bersama Siti akan menjadi kenyataan. -Foto THE STAR oleh UU BAN
Krisdayanti (KD) pada awalnya kurang pasti samada projek duet bersama Siti akan menjadi kenyataan. -Foto THE STAR oleh UU BAN
Krisdayanti (KD) pada awalnya kurang pasti samada projek duet bersama Siti akan menjadi kenyataan. -Foto THE STAR oleh UU BAN

KRISDAYANTI (KD) seperti tidak percaya rancangan duet bersama diva pop Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, terhasil juga walaupun direncanakan setahun yang lalu bersama bekas suaminya, Anang Hermasyah.

Meskipun sepakat menghasilkan album duet berdua, ada-ada saja halangan dan dugaan yang datang hinggakan KD sendiri kurang pasti samada projek duet itu akan menjadi kenyataan.

Drama perceraian antara KD dan Anang sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada projek itu.

"Siti adalah sahabat pertama dari negera seberang yang menelepon saya. Dia sangat perhatian dengan saya," kata KD, seperti yang dipetik di laman web media Indonesia.

KD sendiri seperti tidak percaya album duet itu berjaya dihasilkan.

"Sehingga rakaman habis dibuat dan Siti berada di samping saya, saya seperti tidak percaya. Bagi saya, terlaksananya album duet ini, pada saya satu berkat," jelas ibu berusia 34 tahun ini.

Setakat hari ini, lima lagu sudah pun dirakamkan di mana semuanya ciptaan komposer dari Malaysia kecuali satu lagu ciptaan Charlie ST 12 yang berjudul 'Kehilanganmu'.

"Lagu 'Kehilanganmu' akan membuat orang hanyut dalam perasaan. Tapi kalau ada yang membuat andaian dari tajuknya, ia menggambarkan perasaan saya, silakan," kata penyanyi terkenal dari Indonesia ini.

Menurut KD, yang menariknya, proses rakaman itu hanya memakan waktu tiga hari saja.

Semuanya terhasil dalam masa tiga hari termasuk rakaman, shooting untuk cover album hinggalah ke shooting video klip.

"Kalau ikut rancangan, album itu akan diedarkan sebelum tahun baru," ujar penyanyi kelahiran Malang, Indonesia ini.

Siti juga sempat menitipkan nasihat untuk KD agar tabah. Isteri Datuk Khalid Mohammed Jiwa itu berharap KD tidak akan luntur semangat selepas perceraiannya dengan Anang Hermansyah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain