suria

Eva Suka Cara Gila Nicholas Cage Bekerja

PELAKON jelita Eva Mendes dapat membayangkan dirinya seperti Picasso setelah berlakon dalam filem "Bad Lieutenant: Port of Call New Orleans."

Eva berkata filem terbarunya itu seperti karya seni Picasso dan pengalaman menjayakan filem itu seperti melihat karya seni abstrak yang terkenal.

Model cantik itu cukup mengagumi proses pembikinan filem itu dan senang sekali bekerja dengan Nicolas Cage.

"Saya suka Bad Lieutenant. Filem itu cukup istimewa dan tidak ubah seperti sebuah karya seni.

"Umpama sebuah karya seni abstrak. Ianya seolah-olah kita masuk muzium dan melihat karya Picasso. Kita tidak tahu apa keistimewaannya cuma kita tertarik dan menerimanya sebagai karya seni," kata Eva Mendes.

Eva Mendes juga amat menyenangi Nicolas Cage. Kata Eva, Cage tidak gemar melakukan latihan untuk adegan bersama tapi lebih suka improvisasi.

"Tak ada latihan langsung tapi banyak improvisasi. Saya suka cara gila Cage bekerja," kata aktres itu.

Artikel Lain