suria

Pattinson Rasa Bersalah Minta Peminat Tanggalkan Baju

PELAKON filem Twilight, Robert Pattinson akui rasa bersalah kerana meminta seorang peminat perempuan menanggalkan baju di hadapannya.

Pelakon itu berkata, dia amat terkejut apabila perempuan tersebut melakukan apa yang dimintanya pada satu sesi menandatangani autograf bersama peminat.

"Ia berlaku selepas saya menandatangani lebih kurang 500 autograf dan ada seorang perempuan datang dan bertanya pada saya, 'Apa yang boleh saya lakukan untuk tarik perhatian awak?'.

"Dan saya agak bosan untuk bercakap 'hai, apa khabar' dan secara spontan saya berkata, 'tanggalkan saja baju kamu'. Dia berdiri di situ dan mula menanggalkan bajunya dan kemudian dia diheret keluar oleh pengawal keselamatan.

"Saya tidak pernah rasa teruk dan bersalah seperti ini," kata Pattinson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain