suria

Kelly Osbourne Tangguhkan Perkahwinannya

PENYANYI Kelly Osbourne, tidak berniat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini kerana tunangnya, Luke Worrell belum mencapai umur 21 tahun.

Pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada tahun lepas hanya beberapa bulan selepas keluar bersama.

Walaupunbagaimanapun, penyanyi yang berumur 25 tahun itu tidak bercadang untuk berkahwin sehingga tahun 2011.

Menurut sebuah portal luar negara, ini adalah untuk membolehkan Luke minum alkahol semasa parti pekahwinan mereka.

“Saya dan Luke telah pun bertunang dan kami hanya akan berkahwin apabila kami mahu. Dia belum mencecah umur 21 tahun lagi dan kalau mengikut undang-undang Amerika, Luke tidak boleh minum arak.

“Oleh itu, tiada guna kami berkahwin sekarang,” jelas Kelly.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain