suria

Program Oprah Winfrey Tamat 2011

Oprah Winfrey menandatangani dan mengedarkan majalah Oprah di Water Tower Park, Chicago pada 6 November 2009. -Foto AP

OPRAH Winfrey akan menamatkan program bual bicara popularnya itu pada tahun 2011.

Winfrey dijangka membuat pengumuman tentang perkara tersebut di dalam program The Oprah Winfrey Show itu pada Jumaat.

"Oprah akan mengumumkannya secara langsung di dalam programnya bahawa dia telah membuat keputusan untuk menamatkan program yang cukup popular dan berpengaruh di dalam sejarah televisyen itu.

"Ia dijangka berakhir pada musim ke-25 program itu pada tarikh 9 September, 2011," kata presiden syarikat produksi milik Winfrey, Harpo iaitu Tim Bennet.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anang Lebih Menyerlah Tanpa KD

Artikel Lain