suria

Hans Sibuk Dengan 'Ramli' Jual Burger?

Setelah berjaya mengarah filem komedi romantik 'Cuci', Hans akan meneruskan tradisi mengarahkan filem bercorak sama dengan filem terbarunya, 'Ramli'
Setelah berjaya mengarah filem komedi romantik 'Cuci', Hans akan meneruskan tradisi mengarahkan filem bercorak sama dengan filem terbarunya, 'Ramli'
Setelah berjaya mengarah filem komedi romantik 'Cuci', Hans akan meneruskan tradisi mengarahkan filem bercorak sama dengan filem terbarunya, 'Ramli'

KETIKA ramai orang masih sibuk menceritakan kehebatan teater 'Cuci The Musical' yang dipentaskan di Istana Budaya baru-baru ini, pelakon dan pengarah Hans Isaac sudah berura-ura untuk menerbitkan filem keduanya.

Bagi aktor versatil ini, masa itu cukup berharga dan semua masa lapangnya terisi dengan padat, dipenuhi projek-projek baru dan rangka kerja yang menjangkau masa satu tahun.

"Untuk projek tahun hadapan, saya sudah mula merancang pada tahun ini," jelas aktor yang membawa watak Khai dalam teater 'Cuci The Musical'.

Kata Hans, rangka cerita serta olahan skrip sudah pun dilakukan dan kini hanya menunggu masa untuk membuat rombakan terakhir pada skrip saja.

Setelah berjaya mengarah filem komedi romantik 'Cuci', Hans akan meneruskan tradisi mengarahkan filem bercorak sama dengan filem terbarunya, 'Ramli' (working title)

Malah, filem bercorak romantik komedi adalah genre yang paling digemari pelakon kacak ini.

"Ceritanya simple saja, tentang seorang penjual burger bernama Ramli yang menyimpan impian dan memasang aspirasi semata-mata kerana seorang wanita. Tetapi aspirasinya turut berubah setelah dia mengecapi kesenangan.

"Filem ini adalah idea saya tetapi saya telah memberinya kepada Douglas Lim untuk diolah buat skrip. Saya juga meminta pandangan beberapa sahabat saya yang lain.

"Saya inginkan filem yang dihasilkan itu, sesuatu yang mudah untuk dikongsi oleh semua orang," jelas pemuda berusia 38 tahun ini.

Malah barisan pelakon pun sudahpun ditentukan dan tiga nama selebriti popular yang sedang bermain di benak Hans ketika ini.

"Ada tiga nama yang saya sedang difikirkan tetapi belum lagi buat keputusan kerana ianya terpulang kepada selebriti itu, samada sanggup atau tidak memberi komitmen untuk filem ini," kata Hans yang ditemui baru-baru ini.

Khabarnya, antara dua selebriti tersebut ialah Vanida Imran dan Fauziah Latiff.

Kos untuk membuat filem 'Ramli' hanya sekitar RM1.3 juta, jumlah yang dianggap "kecil" jika dibandingkan dengan pementasan teater 'Cuci The Musical' yang menelan belanja sekitar RM3.6juta.

"Teater 'Cuci The Musical' benar-benar menguji saya. Bukan sahaja seluruh tenaga dan keringat saya habis, duit pun tinggal sikit saja sampai kawan-kawan pun kesian pada saya.

"Duit yang dibelanjakan untuk teater ini bukan sedikit. Saya sudah pun lakukan post-mortem untuk teater ini dan saya dapati ada beberapa kelemahan yang perlu dibaiki.

"Walaupun sakit dan penat seluruh anggota badan, semangat yang ditunjukkan oleh semua kawan-kawan saya cukup tinggi. Itulah yang buat saya begitu bangga sekali," kata Hans yang sanggup mengorban wang ringgit untuk dapat pulangan yang baik bagi teater tersebut.

Hans akui memang hadapai masalah teknikal sini dan sana tapi secara keseluruhan, pementasan teater itu tetap memberikan kepuasan yang maksima untuk dirinya dan seluruh team produksi 'Cuci'.

Apa yang menyentuh hati Hans hingga kini ialah keakraban yang dizahirkan antara dia, Awie, AC Mizal dan Afdlin.

"Apa yang dilihat di teater itu semuanya bukan lakonan semata. Kami dapat rasakan ikatan kekeluargaan dan kemesraan walaupun teater itu sudah tamat. Kami juga berjaya mewujudkan sebuah brand dengan nama 'Cuci' dan itu satu petanda yang baik.

"Ramai yang puas hati dan tidak sabar untuk melihat lagi teater ini, andaikata dipentaskan sekali lagi. Masih terlalu awal untuk dihebahkan tetapi kemungkinan ada berita gembira untuk peminat 'Cuci The Musical' di selatan tanah air," jelas Hans.

Ketika ditanya perselisihan faham antara dirinya dengan AC Mizal, Hans berkata, "ada perkara yang tidak perlu dihebahkan dan diperkatakan. Dan saya juga tidak pernah membiarkan perkara-perkara kecil menganggu perhubungan kami yang sudah seperti adik beradik."

"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, semuanya ok," kata Hans yang mengambil cuti lima hari utnuk melawat abangnya di Manila.

Artikel Sebelum

Artikel Lain