suria

'Konsert Tour' Buat Robbie Williams Ketagihan Dadah

PENYANYI Robbie Williams telah membuat keputusan untuk berhenti mengadakan 'konsert tour' untuk selama-lamanya.

Menurut Robbie, ini adalah kerana pada setiap penghujung sesuatu 'konsert tour' itu, dia akan mengalami masalah berat badan dan ketagihan dadah.

Konsert ‘tour’ terakhirnya adalah Konsert ‘Rudebox.’

"Saya tidak akan mengadakan konsert sambil melancong kerana ia membuatkan saya jatuh sakit," kata Robbie.

Sementara itu, penyanyi itu juga tidak menghadiri majlis perkahwinan ahli kumpulannnya iaitu Mark Owen pada minggu lepas kerana terikat dengan satu rancangan televisyen Jerman.

"Lagipun, saya tidak suka berada di tempat yang sesak (perkahwinan) melainkan jika saya membuat persembahan dan berada dihadapan penonton," jelas Robbie.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain