Saya Tidak Tahu Memasak- Karisma Kapoor - Hiburan | mStar

Saya Tidak Tahu Memasak- Karisma Kapoor

KARISMA Kapoor yang kini mengandungkan anak kedua, mengaku tidak tahu memasak.

“Saya tidak tahu memasak tetapi suka makan semua jenis makanan.

“Saya hanya boleh membuat teh, kopi dan telur goreng,” jelas Karisma Kapoor.

Bekas pelakon itu mempunyai seorang anak perempuan berumur empat tahun dengan suami, Sanjay Kapur, yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, Karisma yang memiliki tubuh badan yang langsing itu berkata beliau tidak berdiet secara drastik.

Pelakon yang pernah bercinta dengan Abhishek Bachchan, berhenti berlakon selepas berkahwin pada tahun 2003 dan berharap dapat kembali semula ke dunia lakonan pada masa hadapan.

Artikel Sebelum

Saif Ali Khan Kritik Lakonan Kareena

Artikel Berikut

Shila OIAM Ketepikan Cinta Demi Karier

Artikel Berkaitan

Artikel Lain