Ashton Kutcher dan Demi Moore hadir ke The 2009 GQ Gentlemen's Ball di New York pada 28 Oktober 2009. -Foto AP ASHTON Kutcher telah menghadiahkan isterinya, Demi Moore sebuah kereta baru sempena hari lahirnya.Moore yang menyambut hari lahirnya yang ke-47 telah menerima sebuah kereta hibrid Toyota Prius daripada Kutcher. "Saya terharu dengan hadiah daripada suami saya. Dia menghadiahkan Prius pada hari lahir saya," kata Moore di laman web Twitter.