suria

Steven Tyler Nafi Keluar Aerosmith

Penyanyi Steven Tyler menghadiri Glamour Magazine 2009 Women of The Year Honors di Carnegie Hall pada 9 November 2009 di New York City. -Foto AFP

STEVEN Tyler menafikan tentang khabar angin yang mengatakan dia telah meninggalkan Aerosmith dan menegaskan dia akan terus menyanyi untuk kumpulan tersebut.

Gitaris kumpulan itu, Joe Perry baru-baru ini berkata, dia ada terbaca di internet tentang Steven yang dikatakan telah mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut dan dia sendiri percaya tentang cerita tersebut kerana menurutnya, Tyler telah menjauhkan diri daripada anggota-anggota kumpulan itu sejak beberapa bulan lalu.

Perry juga berkata berkemungkinan mereka akan mencari pengganti vokalis, namun Tyler kini sudah bersuara semula tentang perkara itu dan menegaskan dia tidak pernah merancang untuk meninggalkan kumpulan tersebut.

Penyanyi itu bergabung dengan Perry di sebuah 'show' di New York pada Selasa lalu dan menyanyikan lagu popular Aerosmith, Walk This Way.

Dan ketika persembahan tersebut, Tyler mengambil peluang itu dengan meyakinkan peminat-peminatnya bahawa laporan tersebut tidak benar.

"Saya mahu peminat-peminat di New York tahu bahawa saya tidak tinggalkan Aerosmith. Ia tidak benar."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain