suria

Nicolas Cage Membelanjakan 276,000 Dollar Rangka Dinasur

PELAKON Hollywood itu membelanjakan lebih daripada 276,000 dollar untuk membeli rangka kepala haiwan purba itu.

Menurut sebuah portal akhbar luar negara, pelakon yang berusia 45 tahun itu bersaing dengan pelakon Leonardo DiCaprio apabila membida untuk membeli rangka tersebut.

Nicolas juga pernah membazirkan wangnya untuk membeli sebuah jet, tiga buah istana, dua buah pulau dan beberapa buah mahligai.

Sementara itu, kereta termahal yang pernah dibelinya berharga 495,000 dollar Amerika.

Kereta Lamborghini itu kepunyaan kerabat diraja negara Iran.

Nicolas juga merupakan seorang peminat Superman. Beliau menamakan anaknya Kar-El yang kini berusia empat tahun.

Nama sebenar Superman dalam filem adalah Kar-El.

Artikel Berikut

Artikel Lain