suria

Robert Pattinson malu tanggal baju dalam filem 'New Moon'

Kristen Stewart dan Robert Pattinson hadir ke rakaman rancangan televisyen "Le grand Journal" di Paris tahun lalu.- Foto AFP
Kristen Stewart dan Robert Pattinson hadir ke rakaman rancangan televisyen
Kristen Stewart dan Robert Pattinson hadir ke rakaman rancangan televisyen "Le grand Journal" di Paris tahun lalu.- Foto AFP

ROBERT Pattinson mengakui dia segan menanggalkan bajunya untuk satu babak dalam filem 'New Moon' yang merupakan sekuel filem 'Twilight'.

Dia rasa segan selepas melihat susuk badan aktor gandingannya Taylor Lautner yang seperti atlit.

Pattinson memegang watak puntianak Edward Cullen dalam filem tersebut sementara Lautner yang seberat 301 lbs membawa watak Jacob Black.

"Amat memalukan, terutama apabila Taylor mempunyai kira-kira 14 ketulan otot (pada abdomen)," media memetiknya sebagai berkata.

Aktres Kristen Steward juga memuji tubuh badan Lautner.

Katanya, "Lautner mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan fizikal sekarang yang sasa. Dia amat komited."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain