suria

Shilpa Mengaku Jadi Punca Keruntuhan Rumah Tangga Kundra-Kavitha?

AKTRES Shilpa Shetty akan mengikut jejak langkah Hema Malini, Sridevi dan Raveena Tandon apabila beliau berkahwin dengan kekasihnya Raj Kundra pada 22 November ini.

Kesemuanya bertemu jodoh dengan lelaki yang sudah berkahwin.

Shilpa bertemu dengan jutawan Raj Kundra, 34, selepas menjuarai rancangan realiti "Celebrity Big Brother" dua tahun yang lepas.

Sekarang aktres itu akan mengahwini Raj dalam satu majlis tertutup yang hanya akan dihadiri oleh saudara dan sahabat rapat pasangan terbabit.

Raj telah pun berpisah dengan isterinya sebelum keluar dengan Shilpa tetapi bekas isteri Kundra, Kavitha secara terbuka mengatakan Shilpa adalah punca perpecahan rumah tangganya.

Tetapi sebelum itu, Shilpa berkeras hanya akan keluar dengan Kundra selepas menceraikan Kavitha.

“Secara jujurnya, saya telah jatuh cinta dengan Raj pada pandangan pertama tetapi saya mengelakkan diri saya daripada bercinta.

“Saya telah memaklumkan kepadanya yang kami berdua hanya boleh bercinta selepas Kundra menceraikan Kavitha,” jelas Shilpa kepada sebuah akhbar luar negara.

Menurut aktres itu lagi, dirinya berasa sangat sedih apabila digelar perosak rumah tangga orang dan itu juga membawa nama buruk kepada keluarganya.

“Saya berasa sangat teruk kerana itu,” kata Shilpa lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain