suria

Hrithik Akan Lakukan Transformasi Fizikal Yang Besar

APABILA siap filem 'Guzaarish' arahan Sanjay Leela Bhansali, ada sumber yang berpendapat aktor kacak Bollywood, Hrithik Roshan akan melakukan senaman yang kuat untuk kelihatan maskulin bagi filem terbarunya, 'Welcome to the Jungle', diterbitkan oleh Sanjay Khan.

Sebelum ini, dia telah menambahkan berat badannya untuk melakonkan watak 'paraplegic' dalam filem 'Guzaarish'. Wataknya memerlukan dia kelihatan tidak 'fit'. Tetapi apabila dia sudah menyelesaikan filem itu, Hrithik perlu melakukan transformasi fizikal yang besar sebagai persediaan watak barunya itu.

Sanjay Khan mengesahkan yang filem itu akan diterbitkan olehnya dan diarahkan oleh Farukh Kabir. Bagaimanapun, dia berkata filem itu masih dalam proses penulisan skrip dan pelakon yang pasti berlakon filem itu adalah Zayed Khan dan Hrithik tetapi tiada yang disahkan setakat ini. Pastinya perubahan yang ketara pada penampilan Hrithik walaupun dia belum mengesahkan untuk berlakon filem itu lagi.

Filem itu disasarkan untuk tontonan semua peringkat umur dan jenis penonton.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain