suria

Steven Tyler Tinggalkan Aerosmith?

Steven Tyler membuat persembahan di pengakhiran Abu Dhabi Grand Prix di The Gulf emirate pada 1 November 2009. -Foto AFP

VOKALIS Aerosmith, Steven Tyler telah pun mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.

Berita itu tersebar selepas beberapa bulan Tyler menafikan laporan bahawa kumpulan itu akan berpecah, ekoran pembatalan siri konsert jelajah, kecederaan dan kemalangan yang dialami mereka sepanjang tahun.

Gitaris kumpulan itu, Joe Perry akhirnya mendedahkan bahawa Tyler telah pun keluar daripada kumpulan tersebut seteleh menjayakan persembahan di Formula One di Abu Dhabi pada hujung minggu lalu.

"Setakat yang saya tahu, Steven sudah keluar. Selebihnya saya tidak tahu. Saya ada terbaca di internet bahawa dia akan meninggalkan kumpulan ini. Saya tidak tahu untuk berapa lama," kata Perry.

Menurut Perry, masalah komunikasi antara Tyler dan anggota-anggota kumpulan itu mungkin menjadi antara satu faktor yang membuatkannya ingin berundur.

"Dia memang terkenal dengan selalu tidak menjawab panggilan telefon. Itu satu perkara yang saya cuba terima," katanya.

Ujar Perry, penyanyi itu juga masih belum menghubungi mana-mana anggota Aerosmith berhubung hal itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain