suria

Rais mahu pencipta lagu asli lebih kreatif

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (tengah) menyampaikan Trofi kemenangan kepada Johan Pertandingan Mencipta Lagu Asli 2009, Nurnatasha Shazlia Rosli pada pertandingan akhir di Angkasapuri di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu pencipta lagu asli lebih kreatif dalam menghasilkan karya mereka supaya muzik itu terus mendapat tempat di hati masyarakat khususnya golongan muda di negara ini.

"Lagu asli ada pelbagai genre lain, lagu asli tidak semestinya lemah longlai, ada lagu asli rancak, lagu asli inang, kita akan cuba perkenalkan genre ini supaya golongan muda akan lebih tertarik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pada Pertandingan Akhir Mencipta Lagu Asli 2009 di Auditorium Angkasapuri di sini semalam.

Rais berkata langkah ini perlu dilakukan bagi memastikan kesinambungan lagu asli yang turut menjadi akar budaya negara ini akan terus diwarisi zaman-berzaman.

Pada pertandingan yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara itu, Nurnatasha Shazlia Rosli, 19, muncul juara apabila menewaskan 11 lagi pencabar menerusi lagu ciptaannya "Jalinan Kasih" yang dinyanyikan oleh Azizul Hakim Md Anuwar dan Norhasmidar Ahmad.

Pencipta lagu termuda yang berasal dari Perlis itu merupakan penggiat teater remaja, menjadi penyanyi latar di Pentas Randai Istana Budaya serta berkebolehan bermain alat muzik ringan serta perkusi dan rebana.

Kejayaan itu membolehkannya membawa pulang wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan serta sijil penyertaan.

Tempat kedua pula dimenangi komposer Saiful Ekram Mahzan menerusi lagu "Budi Pekerti" dendangan Sabihah Abd Wahid dan meraih wang tunai RM8,000 beserta piala iringan dan sijil penyertaan.

Mahzan Abd Manan pula merangkul tempat ketiga dengan wang tunai RM6,000, piala iringan dan sijil penyertaan bagi lagu "Seri Rembulan" nyanyian Noratiqah Ahmad. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain