suria

'Konsert Mencari Konklusi' Hujan di Kuala Lumpur 22 November ini

Hujan ketika sesi sidang media pengumuman konsert ini.
Hujan ketika sesi sidang media pengumuman konsert ini.
Hujan ketika sesi sidang media pengumuman konsert ini.

SEBAGAI satu kumpulan yang diminati di negara ini, Hujan pasti mengimpikan konsert secara besar-besaran.

Ledakan muzik yang mereka bawakan juga mahu dikongsi kepada para peminat diseluruh negara.

Setelah berjaya membuat konsert di beberapa tempat di seluruh Malaysia dan Singapura kini mereka bakal tampil dengan konsert mereka yang terakhir yang dijadualkan berlangsung pada 22 November ini di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur pada jam 3 petang.

Menariknya konsert terakhir ini telah mendapat penajaan dari dua syarikat bumiputra Harosa Enterprise dan AlNajwa Productions.

Metadome akan bertindak selaku publisiti kepada siri jelajah ini.

Hujan telah mengadakan siri jelajah di seluruh Malaysia bermula di Singapura pada 7 Oktober lalu, diikuti pada 16 Oktober bertempat di Universiti Malaysia Perlis, Kangar, 17 Oktober di Carnivall, Kelab Golf Cinta Sayang, Sungai Petani, 18 Oktober di Hard Rock Hotel, Batu Ferringgi, Pulau Pinang. Seterusnya mereka akan ke Taiping dan Ipoh pada 23 dan 24 Oktober.

Hujan yang ditemui pada sesi sidang media pengumuman konsert ini berasa amat bertuah kerana mendapat penajaan bagi konsert terakhir ini.

Menurut Dimas, “kami amat berbesar hati dengan dua syarikat ini kerana sudi menaja konsert jelajah ini. Sebelum ini ada beberapa syarikat pengurus acara datang untuk membantu kami pada siri konsert ini, namun begitu kami tidak berpuas hati dengan hasil mutu kerja yang diberikan."

Tambahnya lagi “dengan adanya Harosa dan AlNajwa, ia mampu merealisasikan impian konsert kami di Kuala Lumpur.”

Ketika ditanya oleh pihak media kelainan yang akan dibawa pada konsert di Kuala Lumpur nanti, Hujan akan membuat kelainan di dalam persembahan mereka di konsert terakhir ini dan menjanjikan kenangan manis buat peminat-peminat atau Raingers yang hadir nanti di mana setiap lagu yang dipersembahkan akan diselang-selikan dengan tayangan video mengenai kumpulan itu, persiapan sebelum dan selepas siri konsert mereka di Singapura dan beberapa tempat di Malaysia.

Ditanya mengenai pilihan lagu yang akan dipersembahkan, berkemungkinan lebih 20 lagu akan dinyanyikan dari album yang pertama dan album mereka yang terbaru, 'Mencari Konklusi'.

Pada hari itu juga, band yang baru mencuba nasib mereka di dalam industri hiburan iaitu D.I.A (Different In Action) dan Couple akan beraksi sebagai band jemputan untuk pembukaan manakala Yasmin Hani bertindak sebagai pengacara.

Bagi wakil Harosa sendiri, mereka menyifatkan Hujan mempunyai potensi untuk pergi lebih jauhh dalam industri muzik bukan sahaja di Malaysia malah di luar Negara.

Noor Hanyta wakil Harosa berkata, “harapan kami agar konsert terakhir ini akan berjalan dengan lancar dan jika ia berjaya kami bercadang untuk membawa Hujan mengadakan konsert di Sabah dan Sarawak ke Amerika Syarikat dan Indonesia”.

Untuk menempah tiket-tiket yang berharga RM15 dan RM20, boleh menghubungi Sekretariat konsert Alef (017 – 2067904), Nana (012 – 3846990), Jiggy (017 – 6737507), atau boleh melayari di laman web www.hujan.org, www.metamobile.com.my dan email di [email protected].

Artikel Sebelum

Yuna: Aizat saingan saya

Artikel Berikut

Artikel Lain